Tuesday, September 23, 2008

Otam


Otam skang dah ada keta sedan mewah. Keje kat loji reaktor nuklear macam Homer Simpsons.

Monday, September 22, 2008

Hari King


Gua ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari King kepada King Of Letup. Gua kenal dia sejak berhingus lagi sampai la dah jadi Selebriti Blogger skang ni. Gua dengar cerita King nyaris nak beraya kat hospital tahun ni. Pepehal gua ucapkan semoga panjang umur dan murah rezeki kepada King Of Letup. Patutnya rockers cuti hari ni.

Tarikh hari King ini juga membuktikan bahawa dia lebih tua daripada gua, jesteru gua terpaksa tunggu King setel dulu. Walaupun ada satu peringkat dalam hidup King ni ada masa-masa dia tetiba jadi selok nak kawen, tapi entah bilanya gua tak tau. Pepehal gua tak nak langkah bendul.

King.. king..

Friday, September 19, 2008

Sekilas Mengeteh


King : Tu la kagelo..
Pedal : Tangan ni la gua pegang bangkai anjing tu
Mail : Masa nak masuk dalam air tu, gua dive macam ni..
Kumprinx : Uhuk..uhuk.. demeh ni gile!

Wednesday, September 10, 2008

Selebriti Minggu Ini : Shamsiah Samad


Shamsiah Samad pernah glamer bulan lepas bila dia masuk suratkhabar mengenai dirinya yang tinggal dalam reban ayam. Ini adalah gambar eksklusif beliau sedang bertugas menjual suratkhabar. Dulu dia ada beskal, entah mana dah pegi beskal tu. Kena curi ngan mat gian kot.

Monday, September 8, 2008

Mail Eksiden



Mail (Dewa Gitar Persekutuan) telah mengalami eksiden baru-baru ini. Dari mulut beliau sendiri:

"Itu jam gua tengah moderate speed depan sekolah Clifford. Tetiba ada anjing sekor terkam gua dari tepi. Dia lompat masuk dalam bakul motor gua"

Dagu berjahit. Mail kini dalam proses pemulihan. Segala rockin dan lepak terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Melihatkan gambar ubat tersebut, status puasa beliau gagal dipastikan. Mungkin rumah dia boleh jadi port skang ni.

Friday, September 5, 2008

IPTman

Ini padeli. Dia sedang bertarung dengan harimau. Kalau dia bertarung dengan rimau betul-betul pun jangan harap gua nak tolong. Perhutanan sangat orangnya..