Monday, August 31, 2009

Riang Ria Penismen


Bergambar di perkarangan rumah Penismen di Bentong.

Friday, August 28, 2009

Myspace Man 2009


Macam faking Apek ni. Woi Apek, Pontianak tengah mengamuk kat kampong Tempoyang tu. Lu jangan keluar malam pulak.

Wednesday, August 26, 2009

Pose Istimewa King Of Letup Buat Peminat


Cekak pinggang, pinggul senget sikit. Muka ada senyum.
Ada bakat jadi model budak ni.

Sunday, August 23, 2009

Bergaya Sungguh!


Kepada yang tak sempat beli Sinar Harian tempohari, gua sisipkan di sini rakaman gambar akhbar tersebut. Gua dah beli 10 naskah untuk diagih-agihkan kepada orang kampung.

Bukan setakat muka gua sahaja, malah berjaya meletakkan nama 'Sure Pekat' itu di dada akhbar is a feat on it's own.

Sure Pekat kini telah berakhir. Lepas ni korang boleh join Eddie punya Liphishh Attack. Yup, event-event muzik kat Kuala Lipis ni memang terkenal dengan mana-nama yang merepek.

Sunday, August 16, 2009

Sekitar Sure Pekat Final

Mael sememangnya Penghulu scene muzik Kuala Lipis. Semua band panggil dia buat cameo.

Budak ni tengok kasut ke tengok pedalboard?. ND member gua datang straight dari Klang. Lepas main terus balik sebab drummer dia nak keje malam (bouncer pusat karaoke)

Budak-budak tekun mendengar keletah Eddie, tokei jamming kat Kuala Lipis.

Band Furtove main memang ekselen, ye dak King?

Saturday, August 15, 2009

Sure Pekat Final : Kuala Lipis Jamming Festival


Assalamualaikum.
Sahabat-sahabat, dan kenalan-kenalan sekalian.

Sure Pekat memberikan platform kepada mana-mana band tanpa memilih bulu, genre, skill dan bangsa untuk mengetengahkan (show off) bakat diaorang ke khalayak ramai. Since 2003, Sure Pekat adalah event independent yang paling premier sekali di Kuala Lipis. Kami tak mintak duit belia, kami tak mintak wang baitulmal, kami tak mintak peruntukkan dari kerajaan pusat. Memang 100% DIY. Kakitangan semua bekerja atas nama cinta kepada muzik dan scene. Reggae, rock cintan, black metal, hardcore punk, dangdut, nasyid sebut sahaja genre apa yang tak pernah berkumandang di pentas Sure Pekat. Jerih perih kehidupan, poket sendiri yang banyak bocor. Meski ada sponsorship, dengan branding yang strategik, penganjur tetap bangkrup. Walau dicemuh, dipandang rendah, hari ini tahun ke-5 penganjurannya, brand 'Sure Pekat' itu sendiri masih berdiri teguh dan dikenali sebagai 'authority' dalam penganjuran acara muzik independent di Kuala Lipis ini. Takkan dapat dijumpa di mana-mana penganjuran acara sebegini dengan skala yang sebegini.

Jesteru adalah pedih di hati gua untuk mengumumkan Sure Pekat Final 2009. Kali ini yang penghabisan. No more after this. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Jadi datanglah. Bawak kawan-kawan, anak bini sedara mara. Kalau ada band, datanglah bermain. Tak kira la lagu apa korang nak bawak.

Untuk yang ke-penghabisan ini, kita adakan di venue yang paling grand, tengah-tengah bandar Kuala Lipis, di persimpangan yang paling sibuk, laluan setiap kenderaan untuk masuk ke bandar. Kompleks Alamanda, Kuala Lipis. 10.00 pagi hingga 11.30 malam. Macam biasa, masuk tak kena bayar. Kalau tak pernah datang, kali ni silalah berbuat demikian. Pastikan korang ada memori, ada cerita untuk diturunkan kepada generasi akan datang, mengenai satu event muzik berambisi besar di pekan kecil ini. Dan bila ada orang tanya, Sure Pekat yang terakhir? Korang dengan bangganya boleh jawap "Oh, I was there!".

Jumpa di sana,
Kumprinx

Tuesday, August 11, 2009

Nak Berseronok-seronok HINI Jangan Dilupa

Balik dari menengok konsert Search (yang barai) ari tu, kami mengambil keputusan untuk berseronok-seronok di Bentong sebelum pulang.





Padah berseronok-seronok, Pade sedang menunggu turn untuk buat saringan HINI.

Monday, August 3, 2009

Sekitar Mesyuarat Agung DPMP ke-39

Ok bagi yang tak tau DPMP ini adalah Dewan Persuratan Melayu Pahang. Beberapa minggu lepas, gua, Mael ngan Pakcik Hashim telah ke Kuantan untuk menghadiri mesyuarat agung DPMP. Semua yang hadir adalah orang-orang lama dalam scene sastera penulisan ni. Banyak perkara-perkara yang gua dan Mael sempat kutip.

Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang trip kami tu.

Memang tak patut punya ambik gambo ni. Orang masih lagi berbincang.

Sebagai ahli yang muda dan baru, gua juga kena ragging suh ambik gambo.

Mael bergambar kenang-kenangan. Nama tempat tu lokasi mesyuarat ari tu.

Gua juga sempat sama sibuk bergambar. Ala, bukan selalu pegi sini.

Selepas abih mesyuarat, kami ke Teluk Cempedak untuk cuci mata dan bermain layang-layang.

Sebelum balik kami singgah untuk membeli keropok buat sanak saudara di rumah.

Untuk lagi laporan, boleh rujuk TitikBukanNoktah