Sunday, March 1, 2009

Riang Ria Zoo Lipis

Gambar-gambar lawatan ke Zoo Lipis tahun 2006.







Saturday, February 28, 2009

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang...

Kelihatan dari kiri,King of Drum,King of Letup dan Sarip.Bukan main seronok dapat bergambar.Dulu kodak mahal,jarang-jarang dapat bergambar.Kasi can la.
Padeli time ni mungkin tengah teman Apek balik rumah.Sapik baru tadika,sebelum maghrib dah kena balik.Gua pulak time-time ni biasanya dah ke surau.Mael gua tak tahu ke hal.
Gelung paip ni memang jadi port untuk melepak tak kira sebelum main bola,lepas main bola,time hujan,ponteng puasa,hisap rokok dan main buaya-buaya.Gila babi syok main buaya-buaya dulu.Campur main laki pompuan.Seronok lain macam gua cakap lu.
Kini paip ni dah takde.Entah mana demeh buang.Kenapa mesti dibuang?Paip ni saksi jatuh bangun Persekutuan tau tak?Paip ni juga menyimpan seribu satu kenangan gua dengan ehem-ehem.Ah,kenangan ituuuu......

Thursday, February 26, 2009

Taman Permainan Vintage

Weekend lepas kami sempat melawat satu taman permainan vintage yang tersorok di dalam hutan. Peralatan semua dah berkarat. Malam-malam hantu yang main. Lokasi terpaksa dirahsiakan.






Tuesday, February 24, 2009

King Dan Aksi 'Aum Cak!' nya.

Bagai anak sepat ketohoran. Bagai bajak wangkang makan diangkat. Bagai buah keras di dalam sekul. Bagai bunyi siamang kenyang. Bagai haruan di dalam tuar. Bagai kapak naik cerana. Bagai kerbau runcing tanduk. Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu. Bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. Bagai melulutkan jebat pada kerbau. Bagai menampung air dengan limas pesuk. Bagai si gedik di beri pujian.

Geng 2A - Amin dan Aji

'Bagai isi dengan kuku', 'Aur dengan tebing', 'Air dicincang takkan putus', 'Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga', 'Pancung abu tak berbekas', 'Ada bangkai adalah hering', 'Badan sudah dua senyawa', 'Jadi penghubung kaki tangan', 'Laba sama dibagi rugi sama diterjuni', 'Nan berseluk urat, nak berjumbai akar nan berlambai pucuk'.

AkHirNYer!!...

Huh! Panca Indera tarak! B-Pop tarak! Melodi lagi tarak! komic arrdaa....

Monday, February 23, 2009

some girls' mothers are bigger than other girls' mothers....

baju yang aku pakai ni diberi oleh seorang member aku dari temerluh. bapok Morrissey nye dia tu dulu. tapi dia kasi ke aku sebab dia kabo jamal abdillah lebih Morrissey.sejak dari tu aku dengan dia support morrissey dan jamal abdillah. tapi setakat hari ni aku tak sampai hati nak pakai baju ada kepala jamal abdillah.

Saturday, February 21, 2009

gambar ben

kat lowyat masa dahulu...