Thursday, June 25, 2009

KAKITANGAN GOMENT...


WEH KUTU2 SEMUA...GUA JEMPUT DATANG KENDURI GUA KAT KG. GUA 05/07/09. TAPI BUKAN KAT RUMAH GUA,MANA2 KUTU YANG TAU LOKASI KAMPUNG GUA(AKU) TU, CARI JE PADANG SEKOLAH KAT TEPI JALAN NANTI DEKAT AREA SITU KALAU NAMPAK JE RAMAI ORANG TU LAH DIA.NANTI KONTEK GUA...KALAU SALAH RUMAH BERENTI JE PAS TUH PURA2 MACAM TAU,KENDIAN MAKAN LAA..TAKDE LA GUA NAK HANTAR KAD KE,GANTUNG POSTER GAMBAR GUA KE ATAU PUN BUAT ANAK PANAH DI SETIAP SIMPANG...JANJI KUTU2 DATANG!

Ben ni satu..takde ke gambar lain nak letak gambar sembahyang pun nak letak ke?
soleh ke?soleh ke?soleh ke?




Sunday, June 21, 2009

Mie naik takhta...




Di mulakan dengar apek, disusuli oleh kumprinx (KOD) dan kini giliran mie mengambil turn untuk menaiki takhta Raja Sehari menjadikan bilangan kutu-kutu yang berstatus single di perseKUTUan semakin sedikit (setelah di tolak padeli yang menjadi pujaan gadis futsal IPT.)

Di kesempatan ini kami di perseKUTUan ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada mie dan pasangannya maya. Semoga berkekalan ke akhir hayat.

nota kaki: Otam dengan ata boleh bawak berbincang  giliran sape pulok  antara deme lepas ni.

Thursday, June 18, 2009

Pementasan Teater? Di Kuala Lipis? Yess?!!


Kelmarin komeh pegi tengok teater kat Kuala Lipis, julung-julung kali diadakan. Under Kelab Teater Perba Jelai. Diaorang kasi pratonton kat orang ramai sebab dengar-dengar ada competition kat Kuantan tak lama lagi.

Pepehal boleh tahan terhibur.



Gambar ini ditujukan khas buat Pade yang balik awal sebab nak tengok tv. (Kalau tak kerana ada makan-makan tu gua pun blah awal)

Brandon Routh

Gambar terbaru Brandon di Kampung Berchang, Padang Tengku.

Thursday, June 11, 2009

Rindu Satu Perasaan

Pagi tadi ketika sedang havoc mengecop buku-buku di opis gua, gua tetiba terasa sunyi. Jadi gua pasang lagu-lagu di telepon bimbit gua. Beberapa menit selepas itu..

"Mata bertentangan, terukir senyuman ahhaaaaawoooo...."

Cilakak, catchy jugak lagu Musang Berjanggut ni!


Sunday, June 7, 2009

Majlis Pertunangan Timoh


Itu jam gua syak tunang dia menyorok dalam rumah takut kena hentak ngan Mael. Batang hidung pun tak nampak. Makanan yang disajikan sedap. Ada gulai lemak ayam.

Gua punyalah sporting, gua biar je budak baju biru belah kanan tu inteprem. Entah sapa-sapa entah.

Saturday, June 6, 2009

Dalam Kenangan : Allahyarham Nizam Morello


Nizam adalah antara nama yang penting dalam industri rockers di Kuala Lipis. Sungguh tak terduga beliau pergi dulu meninggalkan kita. Antara sessi rockin yang tertunggak dan melepak yang tak kesampaian, sehingga hari ini gua rasa macam masih looking forward nak jumpa beliau macam hari-hari yang lalu. Gua masih stenbai nak angkat tangan untuk berteguran dengan beliau ketika melewati tempat kerjanya. Gua masih jenguk-jenguk bila ke Centerpoint sebab dia selalu tapau nasik kat situ.

Dalam network of friends ni setiap seorang tu ibarat tiang yang menyokong. Semua ada kelebihan dan peranan masing-masing. Bila satu hilang, semua akan goyang. Things will never be the same again.

Kepada Allahyarham Nizam, damailah kamu di sana.
Legasi rockin' ni, serah kepada kami. Kami akan cuba yang terbaik.
Kami janji.

























Al-Fatihah.

















Thursday, June 4, 2009

Bercuti Seminggu




Gua tengah bawak bini gua melancong seluruh Semenanjung Malaya. Kenduri-kenduri semua gua tak dapat datang. Tengah seronok sangat ni. Jap lagi gua nak gerak ke Cameron pulak. Cari strawberry.

Wednesday, June 3, 2009

Straightedge and pro-haiwan!


Zaman ni memang Hardkore tak patut. pergi gig mesti depan sekali. Gambar ni diambik oleh Shah Vedder pada tahun 2000 dan katanya Shitworkers main kat Actor Studio. Gua pun dah tak ingat.

ps: Gua berdiri sebelah Fahmi FSF. Masa tu gua sama fahmi tak obes lagi. Smart tak patut. Fahmi jadi crew tak kasi budak melompat banyak sangat.

Meh datang reramai!



weh kengkawan keh nak jemput oak seme datang kenduri tunang keh pada 6/6/09 bersamaan dengan ari sabtu makan tengahari ye bukan makan malam. ingat tu TENGAHARI!!

selamat beramal....

Monday, June 1, 2009

Adwa


Siapa tak kenal Adwa memang boleh sakit. Dia belia contoh kat Tempoyang. Adwa kalau tak ada kerja pergi KL balik hari katanya. Lipis ke KL dia buat sejam 45 minit, kekadang sejam setengah.

Walaupun dia merempit sekali sekala, dia memang baik orangnya. Semalam tak kala belia Tempoyang keletihan akibat kenduri kahwin adik aku. dia tetap steady sampai petang tolong basuh pinggan. kalau aku ada adik lebih mungkin aku ambik dia jadi adik ipar aku.