Saturday, February 28, 2009

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang...

Kelihatan dari kiri,King of Drum,King of Letup dan Sarip.Bukan main seronok dapat bergambar.Dulu kodak mahal,jarang-jarang dapat bergambar.Kasi can la.
Padeli time ni mungkin tengah teman Apek balik rumah.Sapik baru tadika,sebelum maghrib dah kena balik.Gua pulak time-time ni biasanya dah ke surau.Mael gua tak tahu ke hal.
Gelung paip ni memang jadi port untuk melepak tak kira sebelum main bola,lepas main bola,time hujan,ponteng puasa,hisap rokok dan main buaya-buaya.Gila babi syok main buaya-buaya dulu.Campur main laki pompuan.Seronok lain macam gua cakap lu.
Kini paip ni dah takde.Entah mana demeh buang.Kenapa mesti dibuang?Paip ni saksi jatuh bangun Persekutuan tau tak?Paip ni juga menyimpan seribu satu kenangan gua dengan ehem-ehem.Ah,kenangan ituuuu......

Thursday, February 26, 2009

Taman Permainan Vintage

Weekend lepas kami sempat melawat satu taman permainan vintage yang tersorok di dalam hutan. Peralatan semua dah berkarat. Malam-malam hantu yang main. Lokasi terpaksa dirahsiakan.






Tuesday, February 24, 2009

King Dan Aksi 'Aum Cak!' nya.

Bagai anak sepat ketohoran. Bagai bajak wangkang makan diangkat. Bagai buah keras di dalam sekul. Bagai bunyi siamang kenyang. Bagai haruan di dalam tuar. Bagai kapak naik cerana. Bagai kerbau runcing tanduk. Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu. Bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. Bagai melulutkan jebat pada kerbau. Bagai menampung air dengan limas pesuk. Bagai si gedik di beri pujian.

Geng 2A - Amin dan Aji

'Bagai isi dengan kuku', 'Aur dengan tebing', 'Air dicincang takkan putus', 'Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga', 'Pancung abu tak berbekas', 'Ada bangkai adalah hering', 'Badan sudah dua senyawa', 'Jadi penghubung kaki tangan', 'Laba sama dibagi rugi sama diterjuni', 'Nan berseluk urat, nak berjumbai akar nan berlambai pucuk'.

AkHirNYer!!...

Huh! Panca Indera tarak! B-Pop tarak! Melodi lagi tarak! komic arrdaa....

Monday, February 23, 2009

some girls' mothers are bigger than other girls' mothers....

baju yang aku pakai ni diberi oleh seorang member aku dari temerluh. bapok Morrissey nye dia tu dulu. tapi dia kasi ke aku sebab dia kabo jamal abdillah lebih Morrissey.sejak dari tu aku dengan dia support morrissey dan jamal abdillah. tapi setakat hari ni aku tak sampai hati nak pakai baju ada kepala jamal abdillah.

Saturday, February 21, 2009

gambar ben

kat lowyat masa dahulu...

Satu Pagi Di Hari Raya



Lagi gambar-gambar ketika dihalang dari masuk ke rumah Padeli untuk beraya tahun 2007 ari tu.

Friday, February 20, 2009

Penafian

Berbeza dengan kenyataan dari King Of Letup mengenai teknik mengorat aku, aku lebih selesa mengorat dengan hanya memusingkan kunci kereta di jari telunjuk tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun, sambil bersandar pada tiang.

Mengorat Old School Secara Bersepadu

Dari kiri: Sarip, Ronaldo (marlboro-zizou), Otam dan Born To Letup.

Thursday, February 19, 2009

Aktiviti Memunah Kodak




Di waktu malam, depan Zoo Lipis, keajaiban boleh berlaku. 

Ben paling galok.

Wednesday, February 18, 2009

fadil


malam semalam aku lepak dengan Fadil dekat cafe baru buka kat sebelah padang MDL.(tempatnya bukan seperti gambar di atas dan bukan juga lepak sembang pasal nak pegi kolumpo 28 ni..)

Ada satu pakcik yang aku tak kenali ni, duduk meja sebelah. borak dengan Fadil. aku pun ye ye jelah apa yang dorang borakan.

sekali keluar soalan gosip..

"Aok lah yang bertunang minggu lepas kat bukit betong kan?"

Ayat leser tu terus meluncur laju ke gegendang telinga aku.

"pap!!". aku menepuk meja.

"WTF! pade?! serius?"

"errr. tak tak.."

macam mana skang ni demeh!?
Aku tunggu pp jalan dulu..

PUNGGUNG ROCK!

Waktu aku duduk merehat kan minda setelah lenguh jari aku bermain dengan pensil yang tak berapa nak panjang ni, aku bukak la blog kumprinx pastu aku jumpa gambo dia dengan mengenakan pakaian umpama di atas....


Dalam hati aku, cakap "...selalunye dia ni pakaian rock aje,tapi sesekali pakai macam ni..baru la nampok ke 'M. DAUD KILAU' an nye..."


Terus tangan aku yang lenguh nak mampuh tadi jadi bertenaga macam baru lepas pekena tongkat ali.


Ntah! aku pun tak tau antu tok dalik yang mana satu,yang merasuk aku untuk melukis gambo si kumprinx tu....


Tu pun takde la sebijik wajah dia...ade lari la...aku buat dalam keadaan yang terhendap-hendap...tapi aku tak tau lah kenapa hari tu bos aku asyik round je kat meja aku ni...


...mungkin sebab aura si kumprinx nih...!


black metal lipis


dalam myspace gua ada bukak group neo-tempoyang chaos crew dan brader ni ada join sekaki. aku tak pasti kalau ada sesiapa ahli persekutuan kaki metal kenal dia dan dia memang ada band metal dan pernah main kat sure pekat yang amin buat dulu.

ps: nikmat metal tempoyang mana pergi. tak ada gambar dia ke?

Born To Gayat


Di sebalik penampilannya yang sweet dan ladylike, mata redup, kereta mewah, plunging neckline dan v-neck, Amar (Born To Letup) adalah seorang yang gayat.

Tuesday, February 17, 2009

Hairuddin Padeli

Macam nak kena lempang...!

john cusack punya penangan.

semua persekutuan tak tahu yang gua pernah jadi model dulu.
dulu ada orang cakap gua macam john cusack tapi gua tak layan sebab yang cakap tu ramai pondan dari awek. sebab ramai pondan yang cakap macam tu maka gua ambil keputusan untuk gemukkan badan dan jadi orang gomen.
(bukan untuk riak tapi ini cerita benar..)

Monday, February 16, 2009

Mengorat Old School

Selain memblog, Otam juga aktif dalam kegiatan mengorat fesyen lama. Habis semua makwe lalu-lalang dia tegur.

"Hai boleh berkenalan..?"

Friday, February 13, 2009

Khatan

'Berkhatan' dari aspek persekutuan bukanlah memotong kemaluan. Seperti juga 'mengaji' tidak membawa maksud mengaji sebaliknya 'melepak kedai Aji'. Berkhatan akan berlaku apabila kita melepak dengan Khatan, kazen gua.

Berikut adalah 2 keping gambar yang sempat di-snap semasa berkhatan tahun lepas. Khatan adalah seorang Otaku. Sekali-sekala dia balik Kuala Lipis gua ajak hangout. Khatan menunggang 135LC dan sering racing ngan gua.



Thursday, February 12, 2009

Fotogenik

Selain handal menulis, King Of Letup juga seorang yang fotogenik. Buktinya, ketika tido pun peminat-peminat beliau sibuk mahu bergambar dengannya.



King.. king..

Wednesday, February 11, 2009

bintang belia FC


aku hairan kenapa jurufoto suka ambik gambar golkeeper bila keeper tu tangkap bola sekali dengan jaring tiang gol...
ps: gua kena ubah tajuk pasal helmi eliza cari gua sekarang...

Tuesday, February 10, 2009

Sukar Dipercayai


Biasa gua tengok gambo orang, gua akan tergelak kecil kalau ada yang terpejam mata kena flash.

Hari tu memang takde ong, dah la kamera takde flash, self potrait pulak tu. Boleh terpejam jugak mata!

Nak kiamat dah ni gayanya..

Cause hey we're the boys.. Sportin' anti-swastika tattoos


Oi! Oi! Oi!

Saturday, February 7, 2009

gambar selepas hari mengundi yang lalu

mael

kumprinx

pp

Masa ni diaorang tengah bincang pasal apa takde sorang pun diantara mereka yang mengundi lagi....
tipu jer...
he he he....

Paiz learn to rock.


Paiz(tengah).

"isyarat rock macam mana tadi?."

Kumprinx.

"macam ni! berapa kali nak ajar!. kalau pergi konsert rock nanti, tunjuk gini lah!"

Mie.

"Maskman warna merah jambu kalau dia nak bertukar, macam nilah gaya dia.."

macang


nama dia macang. kelakar. dalam dunia ni jarang-jarang nama buah-buahan tempatan kampung di popularkan menerusi nama-nama orang. macang kawan baik pp. masa lepak hari tu aku nyaris tak cam dia. yang aku panas dia boleh sebut nama penuh aku bila masuk kereta. " nor hisham..nor hisham"

yang kedua panas macang macam tak setuju bila aku sebut yang aku ni minat habis sama elyana. dia siap cakap elyana ni tak cool laa, kepala besar laa, isap rokok laa, perut banyak cacing sebab selalu nyanyi tak pakai selipar laa. aku syak ex awek dia muka macam elyana sebab tu dia macam protes bila aku cakap aku dah join facebook elyana.

Abang Man 'G'


Sekitar awal 2000 Abang Man adalah seorang pembancuh air di port lepak Persekutuan yang terawal iaitu di Restoran Abot. Abang Man acapkali mengkhianati air minuman kami dengan meletakkan perkara-perkara mistik seperti miang buluh, rambut, kuku dan perca kain balut mayat orang mati dibunuh malam selasa. Namun begitu tempahan air dengan Abang Man sungguh fleksible di mana kami boleh mengorder air yang rare-rare seperti Arsenik, Beta Karotina, Semangka dan Jus Kerdas.

Kini Abang Man adalah seorang pembekal senjata api di pasaran gelap. Gua dah order Desert Eagle kat dia bape lama dah tak sampai lagi. Berikut adalah supply-supply baru abang man yang dikirimkan kepada gua melalui email tidak lama dulu:



Kalau ada sapa-sapa ada plan nak mengamuk ke, serang stesen minyak ke, boleh la menghubungi Abang Man. Kita ucapkan gudlak kepada Abang Man dan semuga dia berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
(Desert Eagle gua mana?! Downpayment dah bayar bai..)

Thursday, February 5, 2009

pp sama otam


pp dan otam kata diaorang kerja kat KL. cakap pun cakap KL siap aku-aku dan kau-kau. tapi yang aku panas cari hotel kat chow kitt sikit punya susah dan yang paling aku rasa nak singgung sekali bila nak pergi cari kedai makan kat kampung baru pun macam nak gaduh-gaduh.

ps: gua masukkan gambar pp pasal pp sound aku kenapa aku dah lama tak letak gambar dia dalam kepala foto. panas giler bunyinya...

Padeli Dan Otam

Bila melepak, takde mende lain yang keluar dari mulut Padeli selain hal-hal berkaitan IPT, MPP, proaspirasi dan perkara study-study yang pejaddah. Jesteru beliau mendapat rank IPT Man.

Gua selalu bayangkan di usia lanjut, Padeli akan lepak dalam umah minum kopi pakai kain pelikat, pastu anak-anak dia bersepah tak pakai baju depan umah dengan hingus meleleh di hidung.

Di usia muda, padeli telah menunjukkan ciri-ciri sedemikian.

Gambar diambil ketika hari raya 2007 di mana rombongan beraya ke umah Padeli telah dihalau dari memasuki rumah apatah lagi menjamah juadah raya yang disediakan.

Kitaorang tak ambik hati.

Wednesday, February 4, 2009

Projek Ayam Buluh

Sabtu minggu lepas, gua, Appy, Mael dan Pade telah menganjurkan satu ritual makan ayam dalam buluh. Saksikanlah gambar-gambar menarik sepanjang projek ini.
Mael sama sibuk repair api
Ayam pencen sedang mengelegak dalam buluh

Di dapur, para ibu sedang sibuk bergurau senda. Kerja tetap jalan.
Pade sempat mengajar Mael beberapa riff baru sementara tunggu ayam masak. "Mael tu King Of Guitar, toksah ajar dah.." bidas gua.
Gua juga sempat bertarung dengan api.

Tugas mengeluarkan ayam dari buluh diserahkan kepada pengurus projek, Appy.
Bayam Udang juga disediakan sebagai menu tambahan
Mbok Miah sedang menjampi ayam buluh untuk menghindari roh jahat ketika upacara makan dijalankan.
Gua akan sentiasa menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kebudayaan Sarawak supaya bini gua tak homesick.

Tuesday, February 3, 2009

Testimoni


"..saya rasa dia tak betah jadi pilihan gadis gadis apatahlagi dari kalangan ustazah.."
-Bapak Pipi