Saturday, November 28, 2009

Suasana Tipikal Di Arena Lepak


Mael skang ni designer yang paling disegani di Kuala Lipis. Projek bertimbun. Tido pun 3 jam je sehari.
Namun gua tak mengerti kenapa tiba-tiba Subah jadi port lepak skang ni. Port kaki 4D tu woi. Kang masyarakat pandang serong kat kita.

Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha buat semua!


tahun ni persekutuan tumbangkan seekor lembu buat semua. kami akan agihkan melalui email. esok bukak email pagi pagi buta.

Monday, November 23, 2009

Aerobik.

masa kecil kecil dulu teringin juga aku nak buat kangkang habis macam ni. biasa lah terpengaruh dengan kartun kartun barat. tapi tak lepas. pedih je rasanya. amar pun cakap menda yang sama. pedih. korang?


sama lurus dengan tangan. ni dah melawan hukum alam. melengtur buluh biarlah dari rebungnya.
steady betul brade ni..

gambar aku rembat kat laman blog ni

program ict desa peringkat negeri pahang tahun 2009.

minggu lepas aku pergi program ict ni, saja nak tengok tahap celik IT sedang mana. dapat lah sijil satu, buku nota satu, pen satu. sijil tu bolehlah selit dalam resume buat apply jadi kerani penghulu. sempat juga la bergambar dengan salah seorang fasilitator yang terlibat. baik juga orangnya.. manis manis je..




















Wednesday, November 18, 2009

Ekselen rok n roll 2006 - kata Amy Search


Gambar ni diambil selepas konsert Search di Backroom hujung tahun 2005 yang lalu.Setelah berbincang,Man Kidal bersetuju menyerapkan kami ke dalam kumpulan Lefthanded bagi sesi rockin' 2006 dengan tagline 'Rock n Roll Excellence 2006'.Tapi sehingga kini,tiada sebarang khabar kami terima dari pihak pengurusan Lefthanded.

Namun baru-baru ini,gua menerima berita daripada kutu cawangan Seremban,yang kami telah menjadi buah mulut kaki-kaki karaoke sekitar Seremban dan Melaka.Cilakak.Rupa-rupanya kami telah menjadi ahli Lefthanded untuk sesi karaoke.Kini kami sedang giat berlatih lagu-lagu Lefthanded.Mana la tahu Man call ajak rockin kat fun fair mana-mana.
Cilaka,susah juga drum 'Tiada Lagi Kidungmu' ni rupanya!

Gelora Cinta Born

Gua: Spirit menaik ke tak ni?

Born: Menaik laaa....!!!

Thursday, November 12, 2009

Adwa anak Haji


adwa. nama yang cukup unik. jarang anak melayu nama adwa. bila masuk musim kahwin ni gua selalu teringat adwa. masa kahwin adik gua itu hari gua tengok skill membasuh pinggan dia memang tinggi. pengetahuan membasuh pinggan dia macam dia pegang sijil kemahiran tahap 3. gua memang respek sama dia. kalau tak ada aral, 21/11 ni idayu anak arwah pakcik zamani nak kahwin kat tempoyang, gua mungkin turun buat perlawanan ulangan dengan adwa. sape nak join kasi tahu gua. jangan bawak mercun.

Tuesday, November 10, 2009

Monday, November 9, 2009

Muka Beleming


Zaman muda-muda, muka masing-masing belemin. Padeli Born dan Ben di sebuah bundle kat Jerantut kalau tak silap gua.

Sunday, November 1, 2009

1999 - Embarkadewan


1998-2001 adalah era di mana gua meletakkan seluruh komitment gua terhadap sukan papan selaju. Itu jam ada satu deck, main lapan orang. Gua ingat lagi ramp ni, nak buat lengkung dia tu gua bawak motor atas plywood. Hanya ada beberapa kutu je yang sehingga kini berjaya launch dari ramp tu. Motor gua yang first sekali, Yamaha Y80-GTR juga kelihatan dalam gambar. Motor tu skang ni masih ditahan oleh pihak polis.

Dari kiri, Pali, (arwah) Nizam. Dalam ramp, Cuki. Dan yang pakai wrist guard tu adalah gua.

Gambar diambil oleh Rahman. Rahman flatlander.