Monday, June 30, 2008

Kreatif


Oleh sebab cover asal album Dinosaur Jr-Without a Sound ni entah lepas ke mana,Pipi dapat akal buat cover baru.Amacam?macam setan tak?King..king..

Friday, June 27, 2008

AstroMan Malaysia 2008


Puas gua cari gambar Ben. Ini je yang gua jumpa dalam kompiter gua. Ben adalah penyandang anugerah AstroMan Malaysia 2008. Dia kerja kat Astro. kalau nak channel movie free, sila berhubung dengan Ben.

Gig bawah dataran merdeka


gua syak ini gambar tahun 1999/2000. zaman lepas gua drop sxe gua. gig kat actors studio. zaman nie kira zaman hardcore/punk/emo tak tentu pasal.

Natural Born Letup

Ini gambar King of Drum tengah dalam perjalanan naik keretapi menuju ke Johor Bahru. Sebenarnya dia bukannya tidur sangat. Dia tengah memerah otak untuk memikir apa benda dia nak letup di masa mendatang. Dia adalah natural born letup. Setuju?

Tuesday, June 24, 2008

Mahligai King Of Letup


Sabtu nan lalu gua bertandang ke kondo King Of Letup entah kat mana. King of Letup menjalani kehidupan serba mewah di kondo mewah ini. Sebelah balkoni dia ada orang sidai segalajaddah lingerie erotik. Gua saspek mesti budak-budak rumah dia ada rembat sehelai dua buat hidu.

Kalau gua ada bawak seluar pendek, gua tak teragak-agak nak tiruk kat swimming pool Kondo King Of Letup. Lain kali gua akan lebih stenbai.

Mengapit

Ini adalah pengalaman gua yang paling babi sekali sekitar 2 tahun lepas. Zaman gua tengah kutu berahak. Dah. Sekali ni je. Lepas ni jangan harap gua nak buat kerja-kerja macam ni. Tapi kalau King Of Drum menikoh, gua boleh consider lagi.

Kalau dapat nombor telefon makwe baju hijau tu orait le juga kan?

Thursday, June 19, 2008

Sukarelawan

Gua dengan Padeli jadi sukarelawan masa sukan Fesfic 2006 yang lalu.Biasa la,rockers macam gua memang gemar buat kerja-kerja kebajikan ni.Tapi Padeli gua saspek lebih ke nak cari makwe.Tengok le,orang kasi baju suruh pakai,dia boleh pakai baju Fred Perry.

Wednesday, June 18, 2008

Lainap King



Korang tau tak ari tu kitaorang pegi Singapore tengok The Cure live? Ini lainap pasukan King Of Letup. Dekat Singapore Indoor Stadium. Yang kiri sekali tu sampai hari ni gua tak ingat nama dia.

Full report ada kat sini.

Uncle

Ini uncle Shanmugame. Ejaan dia pun lain macam. Beliau bekerja sebagai jaga di tempat kerja gua. Setiap hari, kerja beliau macam itulah. Bila gua lalu, "ciguuu..!!"

Lagi satu gua ingat gua balik kerja paling awal. Tapi tidak sekali kali. Uncle lebih tangkas. 5:58 petang, dia dah berdiri tegak depan mesin perakam waktu.

Uncle orang Kuala Lipis. Dia kenal singh yang jaga lembu kat bawah rumah gua tu..

Monday, June 16, 2008

sumpah aku tak tahu sapa yang tunggu bas kat sini...

hujan lebat. aku on the way balik dari langkawi. singgah kat bukit bunga jeli. jumpa tempat menunggu bas ni. kalau aku jumpa kat lipis tempat menunggu macam nie, siap laa aku cari kontraktor kelas F nie. PP, gambar main bola mana?

Sunday, June 15, 2008

Pemandangan Biasa-Biasa



Makan roti di tengah-tengah hutan memang satu pemandangan yang biasa. Namun jika ia berlaku di bulan Ramadhan, ianya luarbiasa.

Nama gua Kumprinx. Kini gua contributer blog ini. Ini bukan April Fool.

Saturday, June 14, 2008

Pekena

Gua naik hairan. Macam mana mata gua boleh jadi macam gampit?

Friday, June 13, 2008

Warung Rahman

Ini warung Rahman. Setiap pukul 4 petang, gua akan menghabiskan sisa kerja dengan minum neskepe dan makan roti krim sambil sembang pung pang pung pang di sini.

Neskepe Rahman dah naik 10 sen.

Tuesday, June 10, 2008

Rochang Noor 2

Kadang-kadang Rochang Noor akan datang duduk di depan komputer dengan berpakaian tidak senonoh dan boleh menimbulkan syak.

Rochang Noor

Ini Rochang Noor. Kalau gua pergi mandi atau pergi bancuh neskepe di dapur, Rochang Noor akan secara rahsia datang ke meja kerja gua dan menyamar sebagai gua di Yahoo Messenger. Cekap.

Monday, June 9, 2008

Studio Pedal 3

Nampak tenang. Tapi kat dalam tu bukan main lagi Ramli Sarip palsu melalak..

Studio Pedal 2

King Of Drum sedang bergurau dengan Otam. Manis..manis..muka King Of Drum kan?

Studio Pedal

Pedal dah jadi bodoh. Dah tahu gua ni nak datang pekena rockin' kat studio dia, dia lagi kasi sewa dengan pakcik pakcik rock yang tak reti bahasa jamming sampai pukul 1-2 pagi. Suara dah le tiru Ramli Sarip. Ingat empuk sangat ke baring atas kerusi kayu ni? Aok tak kesian tengok Mael tuh? Otam tu ingat tak sakit kepala letak atas kayu??

Thursday, June 5, 2008

Pesta Buku di PWTC 2008

Ini gua dan kutu-kutu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC bersama Sasterawan A Samad Said.

Masa bergambar ramai menyelit. Masa nak hantar wakil minta bergambar dengan orang tu, bukan main bertolak tak nak. Lagi lagi yang duduk belakang sekali tu.

Pak Mat, lu dah berubah sekarang ye?

Minyak Naik Harga

Tuesday, June 3, 2008

Balik Kolumpo

Walaupun hari dah menunjukkan gaya gaya nak hujan, jam dah 6 petang, helmet tak ada penghadang, namun keyakinan gua tinggi untuk pulang ke Kuala Lumpur. Esok isnin. Kerja. Amar dah berat hati. Tak steady langsung.

Hampir 20km, gua patah balik. Balik hari esoklah steady sikit..

Sunday, June 1, 2008

Kulit Pinggang


Gua dah bosan tengok kulit pinggang makwe di Kuala Lumpur. Gua nak tengok kulit pinggang gua sendiri..!!

Gua akan buat comeback ke Zoo Negara dalam tempoh terdekat..hahaha..

Kedai Aji

Kedai Aji adalah tempat yang baik untuk membesar sebagai kutu.

"King of drum..king of drum.., apsal makwe dah kurang kat Lipis..??"

Padeli, 'mengaji' adalah pergi lepak kedai Aji, bukan pergi mengaji kat rumah ustaz Mahyuddin..