Wednesday, April 29, 2009

Rare Man Malaysia 2009 : Jagung


Jagung adalah seorang yang sungguh rare, setahun sekali je gua jumpa muka dia. Dan sehingga entry ini ditulis gua masih tak tahu nama sebenar beliau. Malah macamana gua boleh panggil dia 'Jagung' pun gua dah lupa.

Minggu lepas gua berkesempatan berhang-out ngan Jagung. Nasib baik itu jam gua bercuti nak pegi klinik gigi. Kalau tak tak merasa jumpa Jagung tahun ni.

Sunday, April 26, 2009

Pengalaman saya sebagai Ketua Tempat Pengundi



mata bengkak. Bangun awal pukul 4 pagi. makan tak berapa selera. kencing tak berapa lawas. hati berdebar-debar. helikopter berlegar-legar diatas kepala. rakyat yang silih berganti untuk mengundi. peluh meleleh diketiak. baju dah kedut separuh. tali leher yang smart dan senyuman sebagai satu sedekah. ejen tempat pengundi yang baik hati. sms yang tak habis-habis masuk. tiada pengiraan semula. tiada undi rosak. rasa letih. hati berdebar toksah kira. perasaan nak lempang orang pun ada. sampai rumah pukul 11 malam. terus tidur dan pagi esok baru tahu samy vellu kalah...

akan diceritakan dengan penuh detail,mendebarkan dan penuh emosi di ammosham.

Wednesday, April 22, 2009

jumpa kat Bukit Jalil



daripada sokong team luar negara baik sokong team dalam negara. entah bila pulak aku beranak kat liverpool. pp sama padeli entah bila beranak kat arsenal. amar dah call tanya kat mana jual jersi kelantan. aku syak awek dia orang pasir mas.

Friday, April 17, 2009

Padeli Lagi


“ Aku punya finishing dengan strength persis Shevchenko, jadi akulah Sheva yang sebenarnya…” – Padeli

22 Dalil Kenapa Padeli Bukan Pemain Bola Sekolah

1. Tahan bola fail dan bersepah
2. Rembat tak laju dan macam crossing
3. Rembat ke atas atau ke tepi walaupun dalam kawasan D
4. Lari lambat dan passing lambat
5. Kaki keras/kayu
6. Kaki begitu lambat untuk membuat tendangan atau rembatan. Cth: Pemain lain mengambil 1 saat untuk kaki sampai ke bola. Padeli mengambil kira kira 2 hingga 2.5 saat dan bola sempat ditahan/dicuri pemain lain dalam lingkungan 3-4 meter
7. Malas dan jarang berlari
8. Skill atau footwork yang dihasilkan sangat lambat dan tidak mengelirukan musuh
9. Peluang gol kerap kali disia siakan sehingga tiba tiba menghadirkan gol pada pihak lawan
10. Depan gol tak gol
11. Alasan banyak ( baru lepas makan le, penat kerja, kasut tak grip, saja je, dan pelbagai)
12. Bola sepatut boleh kejar pun tak dapat, lepas tu salahkan orang yang passing
13. Ada satu kes dia rembat sangat laju tapi tak kena bola. Perkiraan juri jika lutut tak kuat, kaki mampu melayang ke flat atau atas atap rumah ustaz mahyuddin
14. Bola keeper passing, orang baru gertak sikit dah dia passing keeper balik
15. Selalu mengubah rentak sehingga serangan pantas tak menjadi
16. Kawalan bola lemah dan tak seperti penyerang utama sekolah
17. Rajin terbuat hantaran kepada pihak lawan
18. Buat skill sampai bola ter’out’ sendiri
19. Patut lari tak lari, patut tak lari, dia lari
20. Sering terhiling hiling dalam pedang
21. Nak main rileks tapi realitinya mudah panik, cuak dan menggelupur
22. Lubuk

Data berdasarkan analisis 10 tahun permainan dan prestasi Padeli di Taman Permai Futsal Court

Data ini ditulis pada tahun 2006.

Thursday, April 9, 2009

Gambar Hampir Sedekad Yang Lalu


Zaman gua muda-muda dulu punyalah rebel, hujan pun tak boleh menghalang gua.

Tuesday, April 7, 2009

Sehari Bersama Masyarakat


Gambar kenang-kenangan ketika program beramah mesra gua dengan masyarakat Taman Lipis Baru ketika sambutan hari raya korban tahun lepas. Sekali-sekala gua turun padang menjenguk keadaan rakyat. Takde la duduk opis je kan?

Masyarakat Kuala Lipis memang dekat di hati gua.

Monday, April 6, 2009

Peraduan kasi dialog (letupan cinta 09')

gua xtau apa  ayat-ayat cinta kapel ni.. lu orang ada idea?

Thursday, April 2, 2009

Core


Masa muda-muda dulu gua main untuk band bergelar 'Core' dalam persekitaran scene muzik yang paling 'hostile'. Kalau ada pertandingan, drummer kena ugut patah kaki. Gitarist kena hentak kat belakang lorong sampai patah jari.

Brader belah kanan sekali tu skang ni digelar 'Penismen'.

Wednesday, April 1, 2009