Friday, May 29, 2009

Gambar-gambar Menarik Sekitar Pernikahan Pesok

Akhirnya Pesok (adiknya Pade) selamat menikah dengan gadis idamannya. Gua dan isteri, Pade, Mael dan Bron sempat pergi menengok-nengok.

Cuma gua tak puas hati kenapa Bron ngan Mael boleh makan kat meja pengantin. Gua makan cangkung tepi pokok je ngan bini.





Thursday, May 28, 2009

Anak AJK JKKK Kg Tempoyang menamatkan zaman bujang - Sinar Harian


Jemput semua perseKUTUan ke perkahwinan adik gua di Taman Seri Tempoyang pada 31 Mei 2009. Kalau nak lepak malam sebelumnya pun ok gak. boleh layan daun terup sama sup tempoyang. Jemputan Ikhlas!

ps: sapik tak dapat datang. tangkap mat indon katanya...

Saturday, May 23, 2009

Born To Letup

Umur 24 baru start hisap rokok. Ni nak kira macam mana ni PerseKUTUan?

Tuesday, May 19, 2009

Padeli tak tipu!



hari tu masa gua datang kl gua ada try call padeli. tak angkat. dalam 2 jam selepas tu dia call gua balik. katanya dia sibuk. gua tuduh dia keluar berzina dengan awek. dia menafikan tuduhan gua dan cakap yang dia sibuk jadi jurulatih futsal wanita kolej dia. lepas tu gua, amar sama pp kutuk dia berbakul-bakul.

gambar ini menunjukkan betapa seriusnya dia call gua mintak sangat nak jadi jurulatih bertauliah dari opis pensyarahnya. sekarang ternyata mesti ada awek futsal dalam ramai-ramai tu pura-pura minat kat padeli sebab mahu main skuad utama.

ps: gua bangga dengan padeli.

Monday, May 18, 2009

Entry Cukup Syarat Dengan Gambar Cukup Syarat Sahaja


Sarip, Mie Hardcore dan Otam.
Mie akan mendirikan rumahtangganya pada 06-06-09 ini kat Penang. Pandai-pandai la demeh pegi.
Sarip juga sering disalahertikan sebagai cina.
Otam (gambar baik punya hangout) skang ni menulis entry jiwa-jiwa di blognya.

Tuesday, May 12, 2009

Gua pikir hal-hal yang serius seperti daging kijang, rusa, kambing gurun dan seladang. Hal-hal kecik seperti makan KFC gua tak layan...



harga senapang dalam RM 700. nak dapat lesen kena masuk RELA lepas tu kabo yang kita ada dusun 7 ekar. setahun sekali ada polis dan rela periksa senapang. kalau nak berperang beli M16. setakat nak tembak babi dan kera boleh laa senapang nie.

Sunday, May 10, 2009

Sekitar Majlis Pernikahan Rghuyunk (Abang Padeli)

Ah.. gua cerita banyak pun tak guna. Hayatilah gambar-gambar menarik sekitar pernikahan Rghuyunk (Abang kepada Padeli ni). Gua menyampah tengok Padeli buat-buat sibuk time bapak dia lalu kat depan je. Time bapak dia tak pandang sibuk 'sweet' makwe.












Woi!!


pasal apa sejak kebelakangan ni tiada gambar baru diletakkan dalam kepalafoto? adakah kerana lu orang semua telah glamer dengan blog masing-masing maka lu orang semua dah besar kepala?

padeli misalnya, dengan kerek menelefon gua dengan menggunakan telefon pejabat pensyarahnya. kerek dan gamp bukan main. kalau ada 7 juta pelajar macam padeli memang boleh bankrap UPM.

kepada kutu yang lain jangan besar kepala dan tolong fikir macam abah-abah sikit. dan jangan pakai telefon orang lain untuk call kawan-kawan.

Thursday, May 7, 2009

Tempoyang Menjerit - Rahsia Honda Cup Lampu Petak


" zi, lu lepas ambik corner pakai gear berapa? "

" full gear, brek jangan pakai "

" betul ke kalau kita bawak laju kat bonggol boleh kasi rosak sama tayar? "

" lu biar benar, sape ajar lu? atas bonggol laa kena laju...kalau lu brek makan minyak banyak"

" lu biar benar wazi.."

" lu tak caya lu ikut cakap gua "

ya, betul kata wazi, minyak motor memang jimat semenjak hari tu.

Sunday, May 3, 2009

Hari Sinar Harian Sold-Out di Kuala Lipis


Orang kampung semua berpusu-pusu beli Sinar Harian semata-mata nak tengok 3 ahli perseKUTUan kuar suratkhabar sekaligus. Dari kiri, Pade, Kumprinx. Seberang sana dari kanan, Mael. Belakang Mael bapak gua. Hujung sekali En. Hashim Zabidi (Titik Bukan Noktah).

Tak sia-sia gua pakai kemeja.