Tuesday, December 29, 2009

Mael - Langit Dan Bumi


Ni antara video terawal yang direkod guna telepon bimbit gua. Zaman muda-muda dulu rockin bukan kira sound tak sedak ke, tempo lari ke, jari masuk bawah tali ke hapa.

Hari-hari gua pecut ke studio untuk merockin just because it was too much fun to do.

Sampai tercakap omputeh.

Gunx sama pp

gambar diambik masa bulan pose hari tu. dari gaya mat gunx aku tengok dia macam orang berpuasa dan pergi terawih lepas tu. gaya pp malas nak cerita. mengumpat karang buat merajuk malas balas sms. padeli? lagi malas nak cerita.

Sunday, December 27, 2009

Bukti


gua balik nanti nak tengok janggut lu kemas sikit. biar kasi contoh pada padeli, pp sama amar.

Tuesday, December 22, 2009

Monday, December 21, 2009

Mael = Slash Palsu

Bayang bayang hisap rokok pun dah nampak sangat tak true. Hidung macam melayu.

Sunday, December 20, 2009

Selamat Pengantin Baru Pade Hardcore


Sabtu yang lalu, gua dengan bin, dan Otam telah selamat menghadiri majlis kawen Pade Hardcore. Ketika menerima panggilan telepon dari otam pagi tu, gua mati-mati ingat abang Pade HC yang kawen, tapi sebaliknya Pade HC sendiri yang kawen rupanya. Kalau gua tau mesti gua bawak hadiah kipas meja.

Bila gua tiba di majlis tersebut takde apa-apa yang berlaku lagi selain orang tengah makan-makan. Lantas kami bertiga terus menuju ke meja katering dan ambik nasik. Selesai makan kami terhiling-hiling sambil layan asapan rindu. Sekonyong-konyong perarakan Pade Hardcore tiba dengan diswertai bunyi kompang kaset.

Hajat asal gua adalah hendak menyesnap gambo sekeping dua, namun ada akak kat tepi tu beria-ia suruh. Maka buat kali pertamanya gua dan bin tepung tawar orang kawen dengan bibir bergetar terkerenyih-kerenyih. Disusuli dengan Otam. Manis-manis muka Pade HC atas pelamin, entah apa yang seronok sangat gua tak tau. Kami masing-masing dapat telur rebus sebijik dan kami pulang dengan gembira.

Gua dengan ini mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pade HC semoga bahagia sampai bila-bila. Gua tumpang gembira.

Kutu-kutu lain entah apa cerita tak nak pegi. Mungkin spirit of hardcore diaorang dah tak berapa barangkali.

Fakta Menarik : Born pernah ada crush ngan adik Pade HC.

Wednesday, December 9, 2009

Apex

Sejak akhir akhir ni gua tengok Apex asyik mengeluh dan lantang mengkritik ahli ahli perseKUTUan. Tak tahu laa kenapa. Lu nak kahwin lagi satu ke?

Lagi satu, yang gua nampak sekarang, template Apex ni dah mula ada pada Padeli. Molek sangat la tu. Syapik gua respek sikit sebab dia ada gari dalam beg selimpang.

Tuesday, December 1, 2009

Studio harapan


sepatutnya 21 november yang lalu berlangsungnya liphiss attack volume 2(jamming festival versi eddy) di kompleks alamanda kuala lipis. tapi malangnya tak jadi. banyak gosip aku dengar pasal penganjur dia iaitu brade eddy. lebih di kenali sebagai eddy musang berjanggut.
dalam masa terdekat ni aku sendiri pun tak pernah jumpa dia bertanya kabor. orang kabor dia dapat mimpi/pertunjuk, pastu terus bersara, orang kabor lagi dia saja buat senyap untuk buat letop kemunculan dengan band baru dan sekali gus meraih kejuaraan dalam rentak juara 2010. emmm..
studio jamming pun dah tak jalan. dengar cerita dia nak jual studio tu sekali dengan sim kad talifon.maksudnya kalau orang nak jamm terus call nombor yang sama. studio pun dengar cerita dah tak terurus langsung. cymbal pun dah jadi bentuk bintang kena gunting dengan budak budak nakal. tali gitar, bass, budak budak motor dah ambil buat jahit cover set motor yang pencah. sarang telur pun cina kedai telur dah ambik balik buat isi telur grad A sebab sarang telur tu warna warna warni. baru boleh cas 2 kali ganda dekat peruncit. kunci studio ntah siapa siapa pegang. jangan aku pegi tengok esok jadi port MLM sudah. apa apahal pun aku tabik hormat lah kat brade eddy sepanjang penglibatan dia dalam industri muzik kuala lipis ni..

gambar eddy yang paling terkini.