Friday, July 31, 2009

The Legend Of Rare

Gua terjumpa sekeping gambar yang sangat rare. Gua rasa gambar ini diambil sekitar tahun 1967 di pejabat lama gua.

Untuk mengesahkan dakyah gua, cuba tengok rambut masing-masing. Memang pesen 60an. Kecuali rambut KOL, pesen jembalang.



Wednesday, July 29, 2009

Lorong Hitam Kuala Lipis

Lorong belakang ni ada satu pusat snuker dan kedai kuda. Kedai tu kena masuk ikut belakang. Ada pasang kamera punya. Padeli dengan King Of Drum kuat betul lepak kedai tu time lepas SPM dulu. Kadang-kadang time main kuda kita orang terserempak dengan Pakcik Samah. Pakcik Samah cukup berang kalau tengok K.O.D tekan nombor kecik.

Tuesday, July 28, 2009

Boh


Gua lupa nama penuh dia. Borhanudin ke Borhan? tapi yang pasti gua panggil dia boh. Anak Husen Tempoyang. Bapak dia otai Tempoyang. Dengan cerita kalau Sultan Pahang datang tempoyang, Pakcik Husen gerenti ada.
Kat Flat tempoyang kat sini laa tempat kitaorang lepak, main terup dan isap rokok. Tapi masa ni tak silap gua, gua dah straightedge. Sama laa kumprinx, pp, dd dan zeba semua. Sekarang perangai cam setan masing-masing. Hisap rokok semua cam naga...

Disamping itu juga, gua masa ini England tak patut, sikit-sikit Shearer tak pun Owen, kalau main bola perangai nak macam Steve McManaman. Masa tu jugak gua cukup minat sama Beckham. Apa kes? Rambut dia smart dan belah tengah kalau tak silap gua...

Friday, July 24, 2009

SP Final


Cuba teka, agak-agak apa event penting yang akan berlaku 15 Ogos ni kat Kuala Lipis?

Wednesday, July 22, 2009

King Of Drum Buat Kambek

Pada satu hari King Of Drum tengok scene budak-budak skate dah naik balik kat Lipis.

"Macam mana ni Mael? Agak agak keh boleh makan tak budak-budak ni semua?" - KOD

"Ah mende pulok tak boleh...Aok cuba tunjuk sikit ke budak budak ni langit tinggi rendah..." - Mael

King Of Drum rembat satu papan skateboard dan terus test power.

Tumpuan penuh diberikan ketika melakukan aksi loncat.

Bersepai...

Bawa motor laju-laju balik rumah.


Aok body dah naik, King. Mana boleh pergi dah...

Tuesday, July 21, 2009

King Hendak Menjadi Spiderman

Walaupun diugut untuk dilempang, namun umum tahu bahawa King Of Letup adalah seorang yang keras kepala.


Monday, July 20, 2009

Nikmat Dan YB Dato Shahrum


Gambar kontroversi ini tersiar di akhbar Sinar Harian tidak lama dulu. Kat sini gua paparkan versi hi-res untuk renungan kawan-kawan semua.

Gua juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini.

Saturday, July 18, 2009

Gua, Kak Kumari Blok B dan Rock Tempoyang!

Gambar kenangan gua dengan Kak Kumari di Blok B musim Depavali satu atau dua tahun sebelum bersunat. Kelihatan Blok B masih kosong dan gua pikir masa ini Kak Kumari jee duduk sorang-sorang dengan family dia. Kak Kumari jugak gua punya cikgu tusyen.

Gua memang rock sejak kecik dan kaset XPDC gua bawak pergi sekolah dulu. Lagu rock lain gua record pakai radio jenama NEC abah gua. (tak silap gua NEC, takpe nanti gua cheak balik). Selain rock hal-hal bolasepak menjadi buah mulut disamping hal2 tentang Mr Pang sama Mrs Tan Choon yang selalu bikin onar kat SRK Clifford.

Orang melayu, india sama cina kena bersatu. Buat apa nak bergaduh dalam negara Malaysia yang kecik ni.

Bersatu laa woi!

Wednesday, July 15, 2009

Indie-mengindie

Battle of the bands tahunan di Kuala Lipis sentiasa menampilkan pertempuran antara rock kangkang dan alternatif ("indie"). Rock kangkang akan sentiasa menang dan genre-genre baru yang lebih inovatif akan sentiasa kalah. Tradisi ini berterusan hampir 2 dekad.



Tahun ni gua tak masuk sebab gua pergi bercuti kat Sarawak.

Saturday, July 11, 2009

Pekena Laksa Sarawak

Sebelum pulang, kami sempat mengadakan Majlis Jamuan 1Malaysia Laksa Sarawak di rumah Mael. Dihadiri oleh beberapa orang rakan.


Kupas udang. Gua syak 50% udang yang dikupas masuk dalam perut Pade. Tu pasal dia sanggup buat kerja ni. Gua tak blah, kecut jari-jari mulus gua.


Apa yang seronok sangat gua tak tau. Kelihatan pade sedang cuba bersimpuh.


Jamal pun ada datang. Sesuatu yang sangat rare.


Otam pun ada datang.

Pepehal laksa sarawak adalah satu hidangan eksotik yang sangat rare dan sedap. Paste dia jarang ditemui di Malaysia ni. Biasanya gua akan import dari Sarawak, supaya isteri saya boleh menyediakannya, dan juga supaya beliau tak homesick.

Friday, July 10, 2009

Pernikahan Mie Hardcore Dan Maya di Kampong Gua

Baik Mie baik Maya is a good friend of ours. Kami gembira mereka selamat disatukan. Majlis ini adalah menyambut menantu cawangan Kampong Gua ke hapa gua tak tau.

Gua tak dapat hadir sebab itu jam gua ada kat Sarawak. Gua juga mintak maap kat Mie kerna tidak dapat datang. Gua harap Mie akan ekselen mengarungi badai gelombang berumahtangga dan semoga selamat berdayung ke destinasi (tidak karam di tengah lautan). Doa kami semua akan mengiringi kamu sepanjang masa.

Tahniah!



Friday, July 3, 2009

Kumprinx Live From Sarawak

Petrol pump di Sarawak menggunakan nozzle jenis pistol. Juga sesuai digunakan untuk menyembur minyak ke kereta untuk dibakar.

Sebelum mati Mendiang Lau King Howe mewasiatkan semua hartanya untuk membina sebuah hospital yang moden di Sibu. Kini hospital tersebut telahpun dirobohkan dan yang tinggal hanyalah museum untuk memperingati jasa Mendiang Lau King Howe. Gua sempat berkenal-kenalan dengan salah seorang nurse di sana.

Gua juga sempat menjinakkan seekor naga di Kuching Waterfront.

Thursday, July 2, 2009

Gotong Royong Flat Tempoyang

Pakcik Guna, abah gua, pakcik Baha dan beberapa mamat yang tidak dikenali tersenyum riang melihat aksi pakcik Lah menarik teh. Untuk makluman semua Pakcik Lah ini dulu pengadil bola dan penjaga garisan yang terkenal di daerah Lipis.

Gambar ini memang klasik tak patut. Yang syok sebenarnya ialah jamuan selepas gotong royong. Gua pikir gambar ini dalam tahun 1988, 89 tak pun 1990. Pondok telefon pun tak ada lagi kat situ.

Taman Permai pun tak ada lagi masa tu. Area Taman Permai dulu laa tempat kita orang berkhemah. Masa tu bab-bab khemah kasi Lonik (abang amin/kumprinx) pegang. Amin budak lagi masa tu, kalau aku berkawan mesti kena kutuk punya.

Wednesday, July 1, 2009

Bas Pakcik Mie


Bas pakcik Mie kira lagenda di Tempoyang amnya dan satu Lipis khasnya. Sape kutu-kutu kat Lipis yang tak pernah naik bas pakcik Mie memang kodi.

ps: Gambar blok B yang dah runtuh dan tempat parking biasa bas Pakcik Mie kat Flat Tempoyang. Sape kacau parking dia memang siap laa...