Wednesday, July 30, 2008

Atta : Makhluk Tuhan Paling Seksi


Ketika Fury rockin kat CM tempohari, kutu-kutu semua berebut nak ambik gambo dengan Atta. Kami semua suka kat Atta. Atta juga dikenali dengan nama jolokan Brandon Routh. Kalau gua ada anak dara, gua tak teragak-agak nak paksa Atta berkawen dengannya.

Tuesday, July 29, 2008

perseKUTUan mana pernah pakai baju yang sama...PP dah betray!



gambar di atas merupakan satu gambar sekumpulan mat belia sedang berbincang. aku syak 2(dua) dari kiri ialah PP, ahli perseKUTUan TCC. Setiausaha perseKUTUan, padeli akan ambil tindakan selepas ini!

Monday, July 28, 2008

Fury - Soundstage 2008

Dari kiri: King Of Drum, Mael, Pipi, Pedal.

Ok. Kenapa mesti King Of Drum pakai baju kaler merah?

Wednesday, July 23, 2008

Hari Born


Ini Amar atau lebih senang dengan panggilan Born To Letup. Kesempatan yang ada, PerseKUTUan Bekas Perajurit Hardcore Kuala Lipis ingin mengucapkan selamat menyambut hari jadi kepada beliau. Semoga terus meletup.

Kumprinx Update:

Di kesempatan ini juga gua mengucapkan selamat hari born kepada Born To Letup. Juga disertakan sekali gambar born to letup bersama idolanya,  Oprah.

Tuesday, July 22, 2008

Mie : Lord Of Punk Rock

Ahad nan lalu Mie, Lord Of Punk Rock Kuala Lipis telah turun ke Bentong untuk rockin' bersama-sama kami. Mie ketika itu mengisi kekosongan bassist yang ketika ini diisi oleh Pipi, King Of Letup yang telah ponteng training (no-show). Mie turun ke bentong bersama makwenya, Maya.

Sentuhan bass berapi Mie masih berbisa ketika session yang berlangsung selama 4 jam itu (2.00am-6.00am)

Beginilah rupa paras gua ketika dalam breaking-point overdose jamming. Gambar diambil sekitar 4.30am. Tangan pun dah hilang.

Feels good man.

Sunday, July 20, 2008

Eddie


Eddie,vokalis kumpulan rock Musang Berjanggut kelihatan memberi satu 'rock' kepada generasi muda.Betul punya sporting Eddie ni beb.
Musang Berjanggut merupakan kumpulan rock tempatan yang berjaya mengharumkan nama Kuala Lipis dalam satu pertandingan kugiran anjuran RTM.Gua caya sama lu!!
Turut kelihatan di belakang Eddie ialah King of Lepak Kuala Lipis.

Friday, July 18, 2008

apa kau katakan padaku lautan?


gambar gua bergaya manja pada satu pagi di pulau redang.
ahhh, lipis mana ada laut...

Wednesday, July 16, 2008

Bukan Begini Caranya Nak Rockin'


Gambar ini adalah lakonan semula sebuah band rock. Kami tak rockin' macam ni.

Gambar ni, dah sembilan kali gua delete dari telefon bimbit gua. Dia tetap ada balik. Gua tak tau kenapa.

Tuesday, July 15, 2008

Krew Sure Pekat 4 2006


Ni la muka-muka yang banyak berjasa dalam satu-satunya event muzik independent di Kuala Lipis iaitu Sure Pekat : Kuala Lipis Music Festival 2006. Tahun lepas gua tak jadi nak sambung Sure Pekat ni. Tahun ni mungkin jadi kalau ada rejeki. Gambar ni diambil masa break sebelum masuk ke set malam.

Berdiri dari kiri :
Mie Godfather Of Punk Kuala Lipis
Timoh Turner
Paeh (adik Timoh Turner)Jamal LapBur

Duduk Dari Kiri:
Mail
ahem..
Pedal (Mr. Ride/Sasa Man Malaysia 2007)
Sapik Imigresen

Fakta Menarik : Paeh kini sedang bersabung nyawa kat hospital. Sakit paru-paru.

Monday, July 14, 2008

Mie dengan wajah madu

Ini Mie. Dia pemain gitar merangkap penyanyi kumpulan Factory Effect pada masa dulu. Betul punya Punk rock dia ni sampai ada baju muka Samy Vellu.

Sekarang dia tinggal di Kolumpo. Bukan main payah nak jumpa. Dengar kabor sejak duduk Kolumpo ni sibuk dengan makwe je Mie ni.

Hairan


Ada satu hari, gua letak gambar ini di ruangan gambar profil pada blog gua. Tak sampai sejam gua letak, macam-macam kontroversi melanda. Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada gua. Gua hairan. Tak tahu kat mana silapnya. Amacam?

Friday, July 11, 2008

Shoba


Gua selalu sound Shoba pasal dia main gitar salah. Rupanya dia kidal, main gitar terbalik. Zaman dulu kami selalu jam sama-sama. Shoba boleh solo sampai meletup speaker. Killer song dia adalah Sweet Child Of Mine. Dia selalu hisap Lucky Strike. Katanya dia rembat rokok bapak dia punya.

Kini Shoba dah MIA. Tak dapat dikesan. Cuma sekali-sekala ada buat penampilan kejutan di Kuala Lipis. Gua rindu kat adik pompuan dia.

Thursday, July 10, 2008

Konsert Dewa


Semua kelihatan puas setelah hampir 3 jam bergesel punggung dengan awek-awek seksi. Ben, terutamanya.

Padeli

Dulu Padeli rock. Hah tengok, bukan main lagi berpeluh badan keluar Planet Hollywood. Kita orang panggil dia Nash. Tapi sejak akhir-akhir iaitu sejak jadi IPTman ni, dia dah tak berapa. Sibuk ke study group le, makwe le, dan kadang-kadang main bola pun pegang telefon bimbit. Apa cerita?

Wednesday, July 9, 2008

Banner


Ni rekod bersih, banner vinyl paling beso gua pernah print. Takkan la gua tak ambik gambo bersama-sama banner ini untuk buat kenang-kenangan?

Monday, July 7, 2008

Makan

Setiap hari Pedal memerlukan makanan-makanan yang seimbang untuk keperluan 'body'nya. Selain itu tumpuan makan perlu sepenuh hati bagi mendapatkan badan sasa berseri. Kalau tak, dia tak berapa stabil kat bahagian-bahagian tertentu. Tak dapat bentuk yang dia nak.

Pukimak laa kerang lu mamak..!! Rasa tayar..!!

Tuesday, July 1, 2008

Diajak Bergambar Oleh Mat Salleh Ada Band Sedap


Ketika gambar diambik, kepala pening-pening, badan rasa tak sedap, tekak sakit, batuk-batuk sekali-sekala, makwe-makwe semua bimbang sambil meletakkan tangan kat dahi aku untuk check suhu badan serta suruh aku berehat di katil bilik mereka sementara diorang masak sup ayam berherba. Doktor pulak kasi MC suruh aku baring kat rumah. Nasib baik tak kena maki sekor-sekor

Dapat peluang tengok Explosions In The Sky live sekali seumur hidup apa sangatlah demam sikit, kena denggi pun aku pegi.