Monday, March 9, 2009

Lawatan Ke Chamang

Post di-import dari blog lama : http://kualalipis.kumprinx.com


Lawatan ke Chamang adalah aktiviti pertama Geng Dua Line (GDL) yang diasaskan oleh Kumprinx sendiri. Lawatan ini bertujuan semata-mata untuk pekena tiruk dan bukan untuk mengeratkan muhibah antara ahli, mengeratkan silaturahim dan apa kejaddah lagi streotype lain. Air terjun Chamang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kuala Lipis. Ia terletak di Bentong.

Gua juga di sini ingain melahirkan rasa terkilan gua sebab Pade (ahli diamond no: GDL003) tidak dapat menyertai program ini kerana.. err.. 'tak berapa sihat' (katanya). Namun itu tidak mematahkan semangat pasukan kami yang kini hanya tinggal dua (2) orang sahaja.
Mael kelihatan tenang mengisi minyak

Tepat jam 8.00 pagi gua tiba di rumah Mael. Mael kelihatan tenang menunggu depan umah sebab janji nak gerak pukul 7.00am. Kami bersama-sama mengisi minyak dan lantas terus memulakan perjalanan. Teringat pulak itu jam, malam semalamnya pukul 2.00 pagi aku mengerat seluar lama untuk dipakai ketika tiruk nanti.

Suasana pagi begitu indah dengan kabus tebal yang menyelubunyi sepanjang jalan. Visor helmet gua juga dicemari dengan tetes-tetesan air embun. Keta pun tak banyak time pagi. Mael meluncur lesu di hadapan gua.

Kami singgah kat Kampung Rengai untuk menengok runtuhan jambatan gantung akibat banjir beberapa minggu nan lalu. Ramai jugak yang melepak kat situ. Aku saspek diaorang tengah tunggu bas.

Sampai kat bentong kitaorang singgah sebentar pekena tandoori. (Roti telur je sebenarnya) Persinggahan yang pertama ini juga bertujuan untuk berak, malangnya ketika sedang menunggu giliran kat tandas awam tu, sekonyong-konyong 2 mamat indon potong line gua menyebabkan hasrat gua terbantut. Apa barrang tunggu nak masuk tandas sampai abih rokok sebatang?!

Kecewa dengan insiden itu, kami meneruskan perjalanan ke Bentong. Jalan baru dari Raub ke Bentong sungguh lurus tetapi malangnya jalan tersebut tidak begitu rata. Motor kami sering terlompat-lompat dan terbuang ke sana kemari. Sekali-sekala kami juga terpaksa melakukan aksi daring mengelak lubang di tengah jalan. Jalan yang lurus tak hengat dan takde kereta langsung tu menyebabkan gua bertindak memecut sepenuh kelajuan dan meninggalkan Mael di belakang. Selepas habih jalan lurus gua slow balik bagi peluang kat Mael untuk catch-up. ("Mentang-mentang la moto ko laju, ko tinggal je aku ha?!" - Mael)

Kami juga singgah kat bukit apa jaddah namanya untuk ambik gambar. Perlakuan ini pastinya meloyakan oengguna jalan raya yang lain sebab ianya mengada-ngada dan gaya la korang tu datang dari hongkong.

Akhirnya selepas kira-kira 2 jam menunggang, kami tiba di Villa Pedal. Kami berehat sebentar layan pokok-pokok rimba yang banyak kat kompaun umah dia tu sebelum menuju ke sebuah mapley untuk tapau nasik.

Sambil tapau nasik kami pekena minum air segelas dua sambil nengok brader kat tepi tu tengah repair lori balak. Kendian, tanpa membuang masa kami bertiga merempit ke Air Terjun Chamang sebab hari dah semakin meninggi dan cuaca semakin panas.

Jalan masuk ke Chamang dicemari dengan tanah runtuh dan pasir-pasir yang terletak secara strategik kat selekoh sahaja. Gua ingat ada kutu letak kat situ supaya mat rempit tak berani nak bawak laju-laju.

Setiba di Chamang kami ambik gambar dulu untuk tarik feel.

Kemudian kami tiruk. Gambar-gambar tiruk tidak dapat disertakan di sini sebab ia mengandungi elemen kelucahan yang melampau.

Kemudian kami pekena nasik yang kami tapau tadi sambil mengusyar persekitaran dengan harapan agar tetiba ada bas Rombongan Persatuan Ratu Cantik singgah dan pekena mandi.
Pedal enggan memakai baju untuk bergambar

Tiruk punya tiruk sampailah masa untuk kami berangkat pulang. Namun agenda GDL tidak habis di situ, sebelum memecut kembali ke tanah air, kami pekena jamming dulu kat Studio Orang Kampung, Lurah Bilut. (aku rasa lurah bilut). Gua tak nak komen pasal peralatan yang ada kat sini sebab tajuk studio dia je pun dah cakap 'Studio Orang Kampung'. Amp semua ok. Akustik pun boleh tahan. Cuma drum je gua bagi 2 bintang. Siap ada kamera CCTV lagi kat dalam tu. Ok la.

Overall aktiviti sulung Geng Dua Line ni boleh dikatakan berjaya. Matlamat program berjaya dicapai. Dengan itu juga gua mengumumkan trip GDL yang ke-2 akan dijalankan bulan depan.

3 comments:

Anonymous said...

cet...
kunun2 gaye cam giler2 remaje la tuh...
bwk diri ke air terjun...

Kumprinx said...

sapa pulak bacul pakai anonymous ni?

Anonymous said...

anonymous 2 saye...
suzi ni bang...
heroin gile2 remaje...
hahaha...