
Gambar ni diambil selepas konsert Search di Backroom hujung tahun 2005 yang lalu.Setelah berbincang,Man Kidal bersetuju menyerapkan kami ke dalam kumpulan Lefthanded bagi sesi rockin' 2006 dengan tagline 'Rock n Roll Excellence 2006'.Tapi sehingga kini,tiada sebarang khabar kami terima dari pihak pengurusan Lefthanded.
Namun baru-baru ini,gua menerima berita daripada kutu cawangan Seremban,yang kami telah menjadi buah mulut kaki-kaki karaoke sekitar Seremban dan Melaka.Cilakak.Rupa-rupanya kami telah menjadi ahli Lefthanded untuk sesi karaoke.Kini kami sedang giat berlatih lagu-lagu Lefthanded.Mana la tahu Man call ajak rockin kat fun fair mana-mana.
Cilaka,susah juga drum 'Tiada Lagi Kidungmu' ni rupanya!