
Gambar ni diambil selepas konsert Search di Backroom hujung tahun 2005 yang lalu.Setelah berbincang,Man Kidal bersetuju menyerapkan kami ke dalam kumpulan Lefthanded bagi sesi rockin' 2006 dengan tagline 'Rock n Roll Excellence 2006'.Tapi sehingga kini,tiada sebarang khabar kami terima dari pihak pengurusan Lefthanded.
Namun baru-baru ini,gua menerima berita daripada kutu cawangan Seremban,yang kami telah menjadi buah mulut kaki-kaki karaoke sekitar Seremban dan Melaka.Cilakak.Rupa-rupanya kami telah menjadi ahli Lefthanded untuk sesi karaoke.Kini kami sedang giat berlatih lagu-lagu Lefthanded.Mana la tahu Man call ajak rockin kat fun fair mana-mana.
Cilaka,susah juga drum 'Tiada Lagi Kidungmu' ni rupanya!

5 comments:
wakakaka...lawak bebenor korang nih
Cilake. Top laa kalau kita turun Negeri Sembilan nanti.
f!! yeke ni born?!
pejadah king rambut AC MIZAL 4U2C tu?
pari la born.ingat senang ke nk jumpa menda2 rare mcm ni.
Post a Comment