Friday, July 31, 2009

The Legend Of Rare

Gua terjumpa sekeping gambar yang sangat rare. Gua rasa gambar ini diambil sekitar tahun 1967 di pejabat lama gua.

Untuk mengesahkan dakyah gua, cuba tengok rambut masing-masing. Memang pesen 60an. Kecuali rambut KOL, pesen jembalang.



Wednesday, July 29, 2009

Lorong Hitam Kuala Lipis

Lorong belakang ni ada satu pusat snuker dan kedai kuda. Kedai tu kena masuk ikut belakang. Ada pasang kamera punya. Padeli dengan King Of Drum kuat betul lepak kedai tu time lepas SPM dulu. Kadang-kadang time main kuda kita orang terserempak dengan Pakcik Samah. Pakcik Samah cukup berang kalau tengok K.O.D tekan nombor kecik.

Tuesday, July 28, 2009

Boh


Gua lupa nama penuh dia. Borhanudin ke Borhan? tapi yang pasti gua panggil dia boh. Anak Husen Tempoyang. Bapak dia otai Tempoyang. Dengan cerita kalau Sultan Pahang datang tempoyang, Pakcik Husen gerenti ada.
Kat Flat tempoyang kat sini laa tempat kitaorang lepak, main terup dan isap rokok. Tapi masa ni tak silap gua, gua dah straightedge. Sama laa kumprinx, pp, dd dan zeba semua. Sekarang perangai cam setan masing-masing. Hisap rokok semua cam naga...

Disamping itu juga, gua masa ini England tak patut, sikit-sikit Shearer tak pun Owen, kalau main bola perangai nak macam Steve McManaman. Masa tu jugak gua cukup minat sama Beckham. Apa kes? Rambut dia smart dan belah tengah kalau tak silap gua...

Friday, July 24, 2009

SP Final


Cuba teka, agak-agak apa event penting yang akan berlaku 15 Ogos ni kat Kuala Lipis?

Wednesday, July 22, 2009

King Of Drum Buat Kambek

Pada satu hari King Of Drum tengok scene budak-budak skate dah naik balik kat Lipis.

"Macam mana ni Mael? Agak agak keh boleh makan tak budak-budak ni semua?" - KOD

"Ah mende pulok tak boleh...Aok cuba tunjuk sikit ke budak budak ni langit tinggi rendah..." - Mael

King Of Drum rembat satu papan skateboard dan terus test power.

Tumpuan penuh diberikan ketika melakukan aksi loncat.

Bersepai...

Bawa motor laju-laju balik rumah.


Aok body dah naik, King. Mana boleh pergi dah...

Tuesday, July 21, 2009

King Hendak Menjadi Spiderman

Walaupun diugut untuk dilempang, namun umum tahu bahawa King Of Letup adalah seorang yang keras kepala.


Monday, July 20, 2009

Nikmat Dan YB Dato Shahrum


Gambar kontroversi ini tersiar di akhbar Sinar Harian tidak lama dulu. Kat sini gua paparkan versi hi-res untuk renungan kawan-kawan semua.

Gua juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini.

Saturday, July 18, 2009

Gua, Kak Kumari Blok B dan Rock Tempoyang!

Gambar kenangan gua dengan Kak Kumari di Blok B musim Depavali satu atau dua tahun sebelum bersunat. Kelihatan Blok B masih kosong dan gua pikir masa ini Kak Kumari jee duduk sorang-sorang dengan family dia. Kak Kumari jugak gua punya cikgu tusyen.

Gua memang rock sejak kecik dan kaset XPDC gua bawak pergi sekolah dulu. Lagu rock lain gua record pakai radio jenama NEC abah gua. (tak silap gua NEC, takpe nanti gua cheak balik). Selain rock hal-hal bolasepak menjadi buah mulut disamping hal2 tentang Mr Pang sama Mrs Tan Choon yang selalu bikin onar kat SRK Clifford.

Orang melayu, india sama cina kena bersatu. Buat apa nak bergaduh dalam negara Malaysia yang kecik ni.

Bersatu laa woi!