Saturday, August 15, 2009

Sure Pekat Final : Kuala Lipis Jamming Festival


Assalamualaikum.
Sahabat-sahabat, dan kenalan-kenalan sekalian.

Sure Pekat memberikan platform kepada mana-mana band tanpa memilih bulu, genre, skill dan bangsa untuk mengetengahkan (show off) bakat diaorang ke khalayak ramai. Since 2003, Sure Pekat adalah event independent yang paling premier sekali di Kuala Lipis. Kami tak mintak duit belia, kami tak mintak wang baitulmal, kami tak mintak peruntukkan dari kerajaan pusat. Memang 100% DIY. Kakitangan semua bekerja atas nama cinta kepada muzik dan scene. Reggae, rock cintan, black metal, hardcore punk, dangdut, nasyid sebut sahaja genre apa yang tak pernah berkumandang di pentas Sure Pekat. Jerih perih kehidupan, poket sendiri yang banyak bocor. Meski ada sponsorship, dengan branding yang strategik, penganjur tetap bangkrup. Walau dicemuh, dipandang rendah, hari ini tahun ke-5 penganjurannya, brand 'Sure Pekat' itu sendiri masih berdiri teguh dan dikenali sebagai 'authority' dalam penganjuran acara muzik independent di Kuala Lipis ini. Takkan dapat dijumpa di mana-mana penganjuran acara sebegini dengan skala yang sebegini.

Jesteru adalah pedih di hati gua untuk mengumumkan Sure Pekat Final 2009. Kali ini yang penghabisan. No more after this. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Jadi datanglah. Bawak kawan-kawan, anak bini sedara mara. Kalau ada band, datanglah bermain. Tak kira la lagu apa korang nak bawak.

Untuk yang ke-penghabisan ini, kita adakan di venue yang paling grand, tengah-tengah bandar Kuala Lipis, di persimpangan yang paling sibuk, laluan setiap kenderaan untuk masuk ke bandar. Kompleks Alamanda, Kuala Lipis. 10.00 pagi hingga 11.30 malam. Macam biasa, masuk tak kena bayar. Kalau tak pernah datang, kali ni silalah berbuat demikian. Pastikan korang ada memori, ada cerita untuk diturunkan kepada generasi akan datang, mengenai satu event muzik berambisi besar di pekan kecil ini. Dan bila ada orang tanya, Sure Pekat yang terakhir? Korang dengan bangganya boleh jawap "Oh, I was there!".

Jumpa di sana,
Kumprinx

10 comments:

Spyz said...

Pergh! Kena plak sama dgn date Woodstock.. Memang sure pekat nih..

Ahmad Belia said...

pasal last pulak?

sinaganaga said...

Cilakak! Lu buat perancangan tergesa2 la beb. Kalau lu bagitahu awal - gua kenselkan acara perasmian solo kat RA Gallery tu - gua ajak Spyz pecut kereta gi sana! Tidur? No hal, gua boleh tido kat rumah PP.

sinaganaga said...

Cilakak! Lu buat perancangan tergesa2 la beb. Kalau lu bagitahu awal - gua kenselkan acara perasmian solo kat RA Gallery tu - gua ajak Spyz pecut kereta gi sana! Tidur? No hal, gua boleh tido kat rumah PP.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Jend,
gua tak campur ye. Marah King Of Drum.

abdullahjones said...

orang lepeh memang lagu tu naga, nak berak baru sibuk buat jamban. DIY la katakan. indie la katakan.

Kumprinx said...

come wit it now!
perghh menaik tak hengat.

terrarosa said...

pagi ahad ada majlis untuk keh di KB, muka kena cukup tidur , ah kucar kacir tak sempat ni...
apapun tahniah, sebab dapat buat dekat kompleks Alamanda , pergh tak pernah keh sampai lagi. Mesti sejuk ada air-cond !
Semoga Berjaya.
p/s kalau nak tajaan dari orang gomen, suruh pipi SMS nombor maybank dia wahahaa....kikiki.. kah kah kah...

fairuzfai said...

alah pp...maaf sesangat tak dapat hadir...sedihnya.......terharu sebab pp ajak tapi terkilan sebab xdpt tunaikan...diri sendiri bermasalah,langsung xdpt dtg....maaf seribu kali maaf...

Si Pekik A.K.A Si Pekak said...

haha..cool. Sure Pekat??!