Thursday, October 16, 2008

Satu Hari Di Hari Raya..


Orang datang umah dia nak beraya. Bukan nak tengok dia bersepai tido..
Tak guna punya king..

Wednesday, October 8, 2008

Padeli Tetap Padeli


Keletah Padeli masa 'Malam Penghulu Segala Lepak'. Susun tin.
Padeli tidak lagi digelar IPT Man. Sebaliknya resolusi Malam Penghulu Segala Lepak telah menetapkan bahawa Padeli kini memegang title 'MPP Man'

Padeli juga dah ada blog sendiri.

Thursday, October 2, 2008

Gambar ni gua rembat dari blog lama persekutuan.Gambar ni pepalih lamanya.Sekarang belakang rumah gua dah jadi taman perumahan.Area belakang rumah Pipi dah jadi shopping kompleks.Apex dengan Kumprinx pun dah lama tak duduk rumah tu.Turut kelihatan gelanggang futsal pertama di Malaysia.Itu kalau time nak dekat maghrib,semua mesti buat-buat nak balik,sebab ustaz Mahyuddin mesti lalu depan padang on the way nak ke masjid.Lepas ustaz lalu,sambung main balik.Macam setan..

Tuesday, September 23, 2008

Otam


Otam skang dah ada keta sedan mewah. Keje kat loji reaktor nuklear macam Homer Simpsons.

Monday, September 22, 2008

Hari King


Gua ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari King kepada King Of Letup. Gua kenal dia sejak berhingus lagi sampai la dah jadi Selebriti Blogger skang ni. Gua dengar cerita King nyaris nak beraya kat hospital tahun ni. Pepehal gua ucapkan semoga panjang umur dan murah rezeki kepada King Of Letup. Patutnya rockers cuti hari ni.

Tarikh hari King ini juga membuktikan bahawa dia lebih tua daripada gua, jesteru gua terpaksa tunggu King setel dulu. Walaupun ada satu peringkat dalam hidup King ni ada masa-masa dia tetiba jadi selok nak kawen, tapi entah bilanya gua tak tau. Pepehal gua tak nak langkah bendul.

King.. king..

Friday, September 19, 2008

Sekilas Mengeteh


King : Tu la kagelo..
Pedal : Tangan ni la gua pegang bangkai anjing tu
Mail : Masa nak masuk dalam air tu, gua dive macam ni..
Kumprinx : Uhuk..uhuk.. demeh ni gile!

Wednesday, September 10, 2008

Selebriti Minggu Ini : Shamsiah Samad


Shamsiah Samad pernah glamer bulan lepas bila dia masuk suratkhabar mengenai dirinya yang tinggal dalam reban ayam. Ini adalah gambar eksklusif beliau sedang bertugas menjual suratkhabar. Dulu dia ada beskal, entah mana dah pegi beskal tu. Kena curi ngan mat gian kot.

Monday, September 8, 2008

Mail Eksiden



Mail (Dewa Gitar Persekutuan) telah mengalami eksiden baru-baru ini. Dari mulut beliau sendiri:

"Itu jam gua tengah moderate speed depan sekolah Clifford. Tetiba ada anjing sekor terkam gua dari tepi. Dia lompat masuk dalam bakul motor gua"

Dagu berjahit. Mail kini dalam proses pemulihan. Segala rockin dan lepak terpaksa dihentikan buat sementara waktu.
Melihatkan gambar ubat tersebut, status puasa beliau gagal dipastikan. Mungkin rumah dia boleh jadi port skang ni.