Untuk mengesahkan dakyah gua, cuba tengok rambut masing-masing. Memang pesen 60an. Kecuali rambut KOL, pesen jembalang.

Lorong belakang ni ada satu pusat snuker dan kedai kuda. Kedai tu kena masuk ikut belakang. Ada pasang kamera punya. Padeli dengan King Of Drum kuat betul lepak kedai tu time lepas SPM dulu. Kadang-kadang time main kuda kita orang terserempak dengan Pakcik Samah. Pakcik Samah cukup berang kalau tengok K.O.D tekan nombor kecik.
Gambar kenangan gua dengan Kak Kumari di Blok B musim Depavali satu atau dua tahun sebelum bersunat. Kelihatan Blok B masih kosong dan gua pikir masa ini Kak Kumari jee duduk sorang-sorang dengan family dia. Kak Kumari jugak gua punya cikgu tusyen..jpg)

Tahun ni gua tak masuk sebab gua pergi bercuti kat Sarawak.


.jpg)
.jpg)
Petrol pump di Sarawak menggunakan nozzle jenis pistol. Juga sesuai digunakan untuk menyembur minyak ke kereta untuk dibakar.
Sebelum mati Mendiang Lau King Howe mewasiatkan semua hartanya untuk membina sebuah hospital yang moden di Sibu. Kini hospital tersebut telahpun dirobohkan dan yang tinggal hanyalah museum untuk memperingati jasa Mendiang Lau King Howe. Gua sempat berkenal-kenalan dengan salah seorang nurse di sana.
Gua juga sempat menjinakkan seekor naga di Kuching Waterfront.
Pakcik Guna, abah gua, pakcik Baha dan beberapa mamat yang tidak dikenali tersenyum riang melihat aksi pakcik Lah menarik teh. Untuk makluman semua Pakcik Lah ini dulu pengadil bola dan penjaga garisan yang terkenal di daerah Lipis.
Gambar ini memang klasik tak patut. Yang syok sebenarnya ialah jamuan selepas gotong royong. Gua pikir gambar ini dalam tahun 1988, 89 tak pun 1990. Pondok telefon pun tak ada lagi kat situ.